Followers ...Thank you very much :)

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. sila tinggalkan jejak anda untuk memudahkan saya berkunjung ke blog anda pula :) . Blog ini tujuan utamanya untuk mempromosikan kek-kek buatan tanganku sendiri :),berkongsi cerita dan juga resepi-resepi kegemaranku.

Kepada yang ingin membuat tempahan sila hubungi nombor berikut 0149523772 . Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 2hari sebelum tarikh penghantaran atau ambil.

KEK COKLAT MOIST RM1.50 SEPOTONG ADA DI SINI

UMS Kolej Kediaman E (Gerai Selera Desa)
UMS Kolej Kediaman E (Koperasi ACME)

Friday, September 23, 2011

FRUIT COCKTAIL CAKE




Selama aku buat kek ni, baru kemarinlah aku pukul fresh cream guna tangan macam mau tercabut pun ada tangan ni. Rasa macam mau pi makan pula orang yang pi kasi mati karan tu. Dari jam 2 petang sampailah jam 6 petang tiada karan, bikin gergitan jah . Nasib baik kek aku siap juga syukur alhamdullilah. (sebenarnya salah aku juga buat kek last minute hehehe, lain kali sorry the moriii lah aku mo pukul krim last minute lagi hehehe). ok layannnn kek fruit cocktail 1kg (tapi aku rasa berat kek ni lebih dari 1kg :) )


Thursday, August 11, 2011

KEK DURIAN

Durian..durian.. kenapalah ko mahal sangat :) , kek durian ni ditempah oleh bekas rakan sekelasku di sekolah dahulu dan bertemu kembali sewaktu sama-sama belajar di ITM dan sehingga ke hari ini masih lagi berhubung thanks to FB hehehe.

Sunday, July 31, 2011

HELLO KITTY THEME CAKE


Salam kepada semua teman-teman yang sudi berkunjung ke blogku yang hampir-hampir dipenuhi oleh sarang labah-labah ini dengan ketiadaan post lebih kurang 2 bulan lamanya disebabkan oleh kesibukkan(betulkah sibuk? entah-entah malas nak update blog ni hehehe) yang melanda diri ini :). Post aku untuk hari ini jeng..jeng..jeng.. Strawberry Fresh Cream Cake + Fondant Deco silalah layan gambar di bawah :)



Comel tak? "Gosok mata tanya hati" hehehe .... selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua "follower" ku dan kepada semua yang sudi berkunjug ke blogku ini. Semoga puasa kita tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun lepas, diterima dan dipenuhi dengan rahmat dari Allah SWT yang maha pemurah lagi maha pengampun amin.



Tuesday, June 21, 2011

JANGAN BERSEDIH, SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA

Pesanan buat diriku dan buat semua teman-temanku di luar sana ..sungguh menenangkan dan menginsafkan ..syukran to http://www.salafus-sholih.blogspot.com/ kerana sudi berkongsi video ini.

Monday, May 30, 2011

TART TELUR OOOooo TART TELUR PASTI MENJADI 3

Jom Buat tart telur .. kali ni aku bagi macam mana cara-caranya supaya tart telur anda menjadi..jeng..jeng..

Bahan Pastri :

125 gram mentega (guna mentega sejuk dpd peti sejuk ..potong2 menjadi 4/6 bahagian kecil)

63 gram gula aising (ayak gula ni jangan malas-malas ya)

250 gram tepung gandum (ayak juga)

1 kuning telur

1/2 sudu teh esen vanila

1 sudu besar air (guna air sejuk yaaa)

Cara membuatnya :

1. Ayak tepung dan gaulkan sebati dengan gula aising

2. kemudian gaulkan pula dengan mentega sehingga menjadi seperti serbuk roti

3. masukkan 1 kuning telur,esen vanilla dan air

4. gaul semuanya sehingga menjadi doh dan bentukkan seperti bola dan sejukkan sebelum digunakan

Tips : selepas masukkan doh dalam acuan , cucuk-cucukkan dengan garfu ya.. masak lah dalam 15-20 minit sehingga pastry tu masak , baru masukkan filling J

Bahan filling :

250 gram air

125 gram gula (kalau manis sangat kurangkan gula anda J)

5 biji telur gred B

100 gram susu cair

Cara membuatnya :

Filling di atas untuk 2 kali adunan pastri di atas

Gula dan air disatukan sehingga menjadi air gula, kemudian masukkan kesemua bahan yang lain dan pukul sehingga sebati (Tips : pukul tu jangan la sampai berbuih-buih ..asal sebati ja berhenti lah pukul) dan tapiskan terlebih dahulu sebelum digunakan. Oppsss .. aku ada buat tambahan tepung kastard sebanyak 2 sudu teh untuk filling yang aku buat ..kalau mau ikut silakan ikut hehehehe

Tips : bahan filling tu, kalau mau masak atas api yang kecil pun bole...tapiiiii jangan sampai mendidih pula ...asal panas ja angkat la terus


OK SELAMAT BERJAYA kepada yang mau mencuba

Wednesday, May 25, 2011

Strawberry Cream Cheese Cake with fruit cocktail


yuuuu huuu ... yummy :) .. kek ini di tempah oleh kawan lama ku sewaktu di ITMCS dulu, terima kasih kawanku :) ..lain kali jangan lupa untuk order lagi ...

Monday, May 23, 2011

Kek Coklat Moist Rose Ganache


Untuk kek ini, coklat untuk ganache boleh dipilih mengikut brand coklat kegemaran pelanggan. Harga kek bergantung dengan pilihan coklat :) . Harga untuk kek ini bermula darpada RM50 dan ke atas. Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 2 hari sebelum ambil atau dihantar. Kek ini ditempah oleh staff Chase Perdana kolej kediaman E UMS. Terima Kasih daun keladi lain kali jangan lupa order lagi :)

Tuesday, May 10, 2011

KEK COKLAT MOIST LAGI :)


Kek ini ditempah oleh ciken daripada UITM. Terima Kasih kien. Selalu toppingnya aku letak sos coklat tanpa butter dan taburkan dengan coklat rice sahaja. Tetapi atas permintaan ciken yang mahukan Topping Coklat sahaja, aku pun buatlah topping coklat + Butter yang tidaklah cair bila diletak di atas kek dan nampak licin ja , topping ni memang sedap :) ..untuk topping coklat+butter ada caj tambahan sebanyak RM3 sahaja bagi kek bersaiz 7" dan RM5 bagi kek bersaiz 10". MURAHHHH tuuuu hehehehe dan yang paling penting TIADA penyesalan :P (masuk lif tekan sendiri hehehe)

Friday, May 6, 2011

TENNIS THEMED CAKE


Kek ini di tempah oleh Jen daripada UMS. Terima kasih Jen lain kali tempah lagi :).

Thursday, May 5, 2011

TART TELUR OOOooo TART TELUR PERCUBAAN 2


Salam untuk semua yang sudi membaca entriku ini :) ... aku Cuba lagi buat tart telur ..kali ni aku bolehlah dikatakan berjaya ..aku lulus dalam percubaan membuat tart telur untuk kali yang kedua..sebab-sebab kejayaan aku hehehe adalah seperti berikut IKUT BETUL-BETUL APA YANG ADA DALAM RESEPI :) .. ok kepada yang berminat mau mencuba silalah salin resepi di bawah :) ..selamat berjaya

Bahan Pastri :

125 gram mentega
63 gram gula aising
250 gram tepung gandum
1 kuning telur
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu besar air

Cara membuatnya :

  1. Ayak tepung dan gaulkan sebati dengan gula aising
  2. kemudian gaulkan pula dengan mentega sehingga menjadi seperti serbuk roti
  3. masukkan 1 kuning telur,esen vanilla dan air
  4. gaul semuanya sehingga menjadi doh dan bentukkan seperti bola dan sejukkan sebelum digunakan

Bahan filling :

250 gram air
125 gram gula
5 biji telur gred B
100 gram susu cair

Cara membuatnya :

Filling di atas untuk 2 kali adunan pastri di atas
gula dan air disatukan sehingga menjadi air gula, kemudian masukkan kesemua bahan yang lain dan pukul sehingga sebati dan tapiskan terlebih dahulu sebelum digunakan. Oppsss .. aku ada buat tambahan tepung kastard sebanyak 2 sudu teh untuk filling yang aku buat ..kalau mau ikut silakan ikut hehehehe

OK SELAMAT BERJAYA kepada yang mau mencuba





Tuesday, May 3, 2011

TART TELUR OOOooo TART TELUR PERCUBAAN 1

Salam ..salam 1 Malaysia untuk semua yang sudi membaca entri ku ini.. hari ini aku ingin berkongsi pengalaman membuat tart telur. Aku sudah cuba buat tart telur ni sebanyak 2 kali. Kali pertama aku buat GAGAL :( . Sebab-sebab kegagalan aku adalah seperti berikut hehehe memandai-mandai ubah resepi yang diberikan. Resepi tu suruh guna telur gred B aku bantai guna telur gred A (sebab telur ni ja ada d rumah masa tu), butter pula, resepi tu suruh guna 250 gram aku pi bantai guna lebihan butter dalam peti sejuk yang tinggal 200 gram ja , hehehe bukan itu saja aku kurangkan tepung gandum daripada 500 gram ke 450 gram ja, aku kurangkan tepung sebab butter aku kurang, tapi aku tidak pula terfikir telur aku yang terlebih sudah :( ... hasilnya aku dapat doh yang lembik dan sangat-sangat susah mau di letak dlm acuan tart tapi aku teruskan juga membakar heheh (mana tahu ada kebarangkalian tart telur tu jadi) ..keputusannya tart yang aku masak tu... masak lah jugak tapiiiiii .. Gagal hehehe pastrinya tidak masak rata dan tidak rapuh kesimpulannya gagal lah bah ..tapiii filling tart telur menjadilah pula cuma mau di kurang kan gula sikit ... oklah aku akan sambung balik pasal tart telur ni di entri akan datang :)


Wednesday, April 6, 2011

Friday, February 11, 2011

KEK BLUEBERRY CREAM CHEESE


Kek ini dibuat khas untuk adik iparku dijadikan hantaran untuk majlis pertunangannya pada 5hb Februari 2011 yang lalu. Sebenarnya aku tersalah tulis tarikh atas kek ni, kesilapanku amat dikesali ntah apa yang aku ingat masa tu sampai ndak perasan aku tulis 01 bukan 02. Aku perasan salah tulis tarikh bila tengok gambar ni hehehe

Saturday, January 29, 2011

PERCUBAAN MENURUNKAN BERAT BADAN TANPA BERLAPAR DAN DIET YANG KETAT PART 1


Agak lama juga aku tidak membuat entri baru didalam blog ini. Sejak akhir-akhir ini masa terlalu mencemburui diriku. Di awal bulan pertama tahun baru ini aku telah menyimpan azam untuk menurunkan berat badan ku yang comel lagi montel ini kepada berat ku sewaktu masa remaja dahulu hehehe kesimpulannya aku bertekad untuk mendapatkan berat yang ideal dan sihat. Program diet yang aku buat ini tidak memerlukan aku mengeluarkan duit yang banyak untuk membeli produk-produk pelangsingan badan yang ada banyak di pasaran pada masa ini dan tidak juga memerlukan aku untuk pergi ke pusat-pusat pelangsingan badan yang akan membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Perbelanjaan yang aku keluarkan merupakan perbelanjaan harian biasa untuk membeli sayur,ikan dan lain-lain yang akan dimasak untuk persediaan makan sarapan,makan tengahari dan makan malam. Aku telah mula menjalankan program ini pada 25hb Januari dan dalam masa seminggu sahaja aku telah dapat menurunkan berat badan sebanyak 2.5 kg. Banyak tuhhh.. mahu tahu bagaimana aku dapat menurunkan berat badan sebanyak itu ? Tungguuuuu aku akan bagi tahu di entri yang akan datang.Terima kasih kerana sudi membaca :)

Friday, January 14, 2011

BUTTER PRAWN

Butter prawn sodappp tuuu ..walaupun floss aku tu kurang menjadi tapi rasa masakan tu ada mirip-mirip butter prawn yang aku makan di restoran seafood salut yang harganya biarlah rahsia sebab bukan aku juga yang bayar pun hehehe. Kira oklah bagi seorang amatur seperti aku yang baru pertama kali cuba masak butter prawn ni , mungkin juga aku ni memang berbakat dalam bidang masakan dan salah pilih bidang time pi belajar dulu. kalau chef yang berkerja di sana tu try masakan aku ni, pasti dia bagi A+ hahahahah menangis pun ada kali takut hilang kerja (opss angan2 yang melampau) ..ok kepada yang sudi mau mencuba butter prawn ni bolehlah copy and paste resepi di bawah . Silakan jangan malu-malu buat macam blog sendiri heheheh ilmu harus dikongsi kan barulah berkat :)

Bahan-bahannya (bahan2 ni aku agak2 sendiri ja berdasarkan pemerhatian aku tengok chef tu masak)

Udang (dalam 500gram)

Kuning telur yang dipukul (2 biji telur)

Daun Kari (1 cawan)

Cili Padi dipotong (dalam 5 tangkai)

Susu cair (dalam ½-1 Cawan)

Butter (50gram untuk buat egg floss, 50gram lagi untuk buat sosnya)

Garam (dalam 2 cubit)

Gula (dalam 1 sudu teh)

Langkah pertama kita buat egg yolk floss dulu :

Panaskan butter letak minyak sikit setelah minyak panas kacau-kacau minyak tu sambil tuang kuning telur tu sehingga warna bertukar kepada kecoklatan angkat dan tapis floss minyak floss tu dan keringkan.

Langkah kedua Goreng udang dengan minyak yang panas sehingga masak jangan sampai terlampau masak , chef tu cakap dalam 10 saat ja ..tapi kalau aku pula asal nampak ja udang tu masak terus angkat dan ketepikan.

Langkah ketiga untuk sosnya masukan 1 cawan air kedalam kuali yang panas masukkan butter kacau-kacau sehingga sebati baru masukkan cili padi dan daun kari kacau-kacau lagi lepas tu masukkan garam dan gula kacau-kacau lagi dan seterusnya masukkan susu cair dan kacau-kacau lagi selepas itu baru masukkkan udang tadi dan kacau sebati . Angkat dan hias dengan egg floss yang telah dibuat tadi. Selamat mencuba nyum..nyum..

Aku belajar buat butter prawn ni dari youtube.. Thank You Chef Peter


Thursday, January 13, 2011

ENTRI TERAMATLAH PANAS DIAWAL TAHUN 2011


Salam untuk semua dan selamat tahun baru, walaupun hari ini suda 13hb Januari 2011 aku rasa masi tidak terlalu lewat lagi untuk aku ucapkan selamat tahun baru kepada semua teman-teman blogger yang sudi bertandang dan menjadi follower ke blog aku yang tidak sampai setahun pun umurnya. Baru hari ini aku berkesempatan semula untuk membebel lagi di sini. Tahun baru azam baru heheh diharapkan semoga tahun ini azamku bukan setakat hangat-hangat tahi ayam saja seperti tahun-tahun yang lalu.Semoga tahun ini penuh dengan keberkatan untuk kita semua berjaya, bukan sahaja di dunia tapi jua di akhirat kelak amin.

p/s :Entri ini tidaklah sepanas mana pun sori selori jangan lah pula pi makan lori hehehe kamu tak paham ..aku lagilah tak faham J

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...