Followers ...Thank you very much :)

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. sila tinggalkan jejak anda untuk memudahkan saya berkunjung ke blog anda pula :) . Blog ini tujuan utamanya untuk mempromosikan kek-kek buatan tanganku sendiri :),berkongsi cerita dan juga resepi-resepi kegemaranku.

Kepada yang ingin membuat tempahan sila hubungi nombor berikut 0149523772 . Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 2hari sebelum tarikh penghantaran atau ambil.

KEK COKLAT MOIST RM1.50 SEPOTONG ADA DI SINI

UMS Kolej Kediaman E (Gerai Selera Desa)
UMS Kolej Kediaman E (Koperasi ACME)

Saturday, January 29, 2011

PERCUBAAN MENURUNKAN BERAT BADAN TANPA BERLAPAR DAN DIET YANG KETAT PART 1


Agak lama juga aku tidak membuat entri baru didalam blog ini. Sejak akhir-akhir ini masa terlalu mencemburui diriku. Di awal bulan pertama tahun baru ini aku telah menyimpan azam untuk menurunkan berat badan ku yang comel lagi montel ini kepada berat ku sewaktu masa remaja dahulu hehehe kesimpulannya aku bertekad untuk mendapatkan berat yang ideal dan sihat. Program diet yang aku buat ini tidak memerlukan aku mengeluarkan duit yang banyak untuk membeli produk-produk pelangsingan badan yang ada banyak di pasaran pada masa ini dan tidak juga memerlukan aku untuk pergi ke pusat-pusat pelangsingan badan yang akan membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Perbelanjaan yang aku keluarkan merupakan perbelanjaan harian biasa untuk membeli sayur,ikan dan lain-lain yang akan dimasak untuk persediaan makan sarapan,makan tengahari dan makan malam. Aku telah mula menjalankan program ini pada 25hb Januari dan dalam masa seminggu sahaja aku telah dapat menurunkan berat badan sebanyak 2.5 kg. Banyak tuhhh.. mahu tahu bagaimana aku dapat menurunkan berat badan sebanyak itu ? Tungguuuuu aku akan bagi tahu di entri yang akan datang.Terima kasih kerana sudi membaca :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...