Followers ...Thank you very much :)

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. sila tinggalkan jejak anda untuk memudahkan saya berkunjung ke blog anda pula :) . Blog ini tujuan utamanya untuk mempromosikan kek-kek buatan tanganku sendiri :),berkongsi cerita dan juga resepi-resepi kegemaranku.

Kepada yang ingin membuat tempahan sila hubungi nombor berikut 0149523772 . Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 2hari sebelum tarikh penghantaran atau ambil.

KEK COKLAT MOIST RM1.50 SEPOTONG ADA DI SINI

UMS Kolej Kediaman E (Gerai Selera Desa)
UMS Kolej Kediaman E (Koperasi ACME)

Friday, November 12, 2010

TAUHU BERSOS TIRAM




Resepi ni aku perolehi daripada http://sue-hasue.blogspot.com . Suka jalan-jalan di blog ni bermacam-macam resepi boleh di perolehi di sini. Kepada yang suka memasak tu ,bole lah berkunjung ke blog kawan kita ni. Aku masak tauhu ni semuanya terlebih sukatan tapi berpandukan bahan-bahan yang diberikan daripada blog sue-hasue,kalau mau resepi yang asal silalah pergi ke blog beliau. Dibawah ni resepi yang aku gunakan untuk memasak tauhu didalam gambar di atas.

Bahan-bahan ( 8 orang , semua ahli keluargaku memang hantu tauhu heheheh)
  1. 5 tauhu putih, yang RM50 sen/RM1 ja tu boleh dapat di pasar
  2. sos tiram agak2 ja dalam 3 -4 sudu makan
  3. bawang putih (ikut suka, kalau hantu bawang putih letaklah lebih hehehe - cincang)
  4. Minyak bijan (ini pun agak2 juga)
  5. bawang goreng( aku goreng sendiri ja 5 biji bawang merah)
  6. daun bawang (satu pokok ja lah ... potong kecil-kecil)
  7. garam secubit dua tiga cubit :)

Cara-caranya :

  1. Panaskan air dalam pengukus. (kalau takut panas letaklah awal2 sebelum air mendidih nanti melecur pula tangan sapa susah..yang tukang masak juga :) )
  2. Letakkan tauhu atas piring tahan panas. Campurkan sos tiram dan bawang putih. Gaul. Tuangkan ke atas tauhu.
  3. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak
  4. Renjiskan minyak bijan dan taburkan bawang goreng dan daun bawang.
  5. Hidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...