Followers ...Thank you very much :)

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. sila tinggalkan jejak anda untuk memudahkan saya berkunjung ke blog anda pula :) . Blog ini tujuan utamanya untuk mempromosikan kek-kek buatan tanganku sendiri :),berkongsi cerita dan juga resepi-resepi kegemaranku.

Kepada yang ingin membuat tempahan sila hubungi nombor berikut 0149523772 . Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 2hari sebelum tarikh penghantaran atau ambil.

KEK COKLAT MOIST RM1.50 SEPOTONG ADA DI SINI

UMS Kolej Kediaman E (Gerai Selera Desa)
UMS Kolej Kediaman E (Koperasi ACME)

Thursday, November 4, 2010

BUKAN MAU BERPOLITIK TAPI .....

Salam 1 Malaysia buat semua pengunjung blogku, aku bukannya mau berpolitik tapi aku rasa gatal hati juga mau memberi pandangan peribadiku sendiri. Hari ini ada pilihanraya di Kawasan Parlimen Batu Sapi Sandakan dan keputusannya Calon Barisan Nasional (BN), Datin Linda Tsen Thau Lin telah menang besar pada hari ini. Diharapkan Datin Linda akan menjalankan tugasnya dengan dedikasi dan ikhlas terus memperjuangkan hak dan amanah daripada rakyat di kawasan beliau. Jangan pula susah mau dicari selepas ini ya Datin :). Tahniah aku ucapkan. Bagi yang kalah biasalah adat pertandingan mesti ada kalah dan menang kan..kan..kan.. sila cuba lagi pada pilihanraya yang akan datang. Aku sebenarnya tidak kisah siapa yang menang asalkan siapa yang menang tu benar-benar ikhlas menjalankan tugasnya. Aku pentingkan keamanan dan aku sama sekali tidak mahu hidup di negara yang bergolak dan tidak ada perpaduan dikalangan rakyatnya. Semoga negara kita akan terus mengecapi keamanan dan kemajuan. Binalah negara kita dengan usaha kita sendiri tanpa ada campur tangan daripada pihak luar. Aku akhiri bebelan aku ni dengan seribu,sejuta atau trilion pertanyaan adakah POLITIK yang bersih di dunia ini. Tepuk dada tanyalah siapa-siapa atau diri sendiri ..sekian dan terima kasih kepada siapa yang sudi membaca ..jangan marah ya nanti cepat tuaaa ..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...