Followers ...Thank you very much :)

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. sila tinggalkan jejak anda untuk memudahkan saya berkunjung ke blog anda pula :) . Blog ini tujuan utamanya untuk mempromosikan kek-kek buatan tanganku sendiri :),berkongsi cerita dan juga resepi-resepi kegemaranku.

Kepada yang ingin membuat tempahan sila hubungi nombor berikut 0149523772 . Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 2hari sebelum tarikh penghantaran atau ambil.

KEK COKLAT MOIST RM1.50 SEPOTONG ADA DI SINI

UMS Kolej Kediaman E (Gerai Selera Desa)
UMS Kolej Kediaman E (Koperasi ACME)

Monday, November 29, 2010

A Short Neurological Test

Aku rasa test ni menarik dan ingin berkongsi dengan semua yang sudi singgah di blog aku ni :)..ndak tahu test ni betul ka tidak..tapi aku suka baca part yang last sekali tu..betullah aku dapat baca dengan jayanya walaupun ejaan tungang terbalik :)

1- Find the C below.. Please do not use any cursor help.

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOCOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

2- If you already found the C, now find the 6 below.

99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
69999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999

3 - Now find the N below. It's a little more difficult.

MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMNMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM

This is NOT a joke. If you were able to pass these 3 tests, you can cancel your annual visit to your neurologist. Your brain is great and you're far from having a close relationship with Alzheimer.
Congratulations!

Eonvrye that can raed this rsaie your hnad!


This is weird, but interesting!

If you can raed this, you have a sgtrane mnid.


Can you raed this beolw? Olny 55 plepoe out of 100 can.

I cdnuolt blveiee that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in what oerdr the ltteres in a word are, the olny iproamtnt tihng is that the frsit and last ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can still raed it whotuit a pboerlm. This is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the word as a wlohe. Azanmig huh? Yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!

Saturday, November 27, 2010

GUNUNG BERAPI MALAYSIA

Tahu kah anda! :) jeng..jeng.. mesti kamu ndak percaya kan..kan.. dipendekkan cerita ..time aku sekolah dulu..dalam subjek geografi ndak pernah pun aku terbaca dan dibagi tahu yang Malaysia ni ada gunung berapi. Aku difahamkan negara kita terletak di luar lingkaran api. Aku rasa kamu mesti ada belajar juga pasal ni kan..kan.. tapi bila aku singgah di laman http://www.volcanolive.com seorang mat salleh ni, aku dapat pula maklumat bahawa malaysia juga mempunyai gunung berapi. Gunung ini dinamakan gunung berapi Bombalai (Dikenali sebagai Bukit Bombalai). Ketinggian gunung ni 531 meter terletak di Tawau Sabah. Mat salleh ni tulis kali terakhir gunung ni meletup pada 27,000 tahun dahulu.. aku mau juga letak gambar gunung bombalai ni di sini tapiiiii.. aku tiada gambar gunung ni ..ada gambar yang diambil oleh orang lain dalam internet ni tapiiii... aku takut mo main ambil2 ja..nanti kena minta royalti gambar la pula :(..ndak pasal2 tiada hal mau cari hal lah pulaaaa..sekian dan terima kasih buat yang sudi membaca artikel pendekku ini

Thursday, November 25, 2010

Fresh Cream Coklat Cake with Cartoon Image


Kek ni aku charge RM45 sahaja untuk hiasan seperti di atas :)

Fruit Cocktail Cake with Cartoon Image

Kek ni harganya RM65 sahaja dengan hiasan seperti di atas , berat 1.5kg

Friday, November 12, 2010

TAUHU BERSOS TIRAM




Resepi ni aku perolehi daripada http://sue-hasue.blogspot.com . Suka jalan-jalan di blog ni bermacam-macam resepi boleh di perolehi di sini. Kepada yang suka memasak tu ,bole lah berkunjung ke blog kawan kita ni. Aku masak tauhu ni semuanya terlebih sukatan tapi berpandukan bahan-bahan yang diberikan daripada blog sue-hasue,kalau mau resepi yang asal silalah pergi ke blog beliau. Dibawah ni resepi yang aku gunakan untuk memasak tauhu didalam gambar di atas.

Bahan-bahan ( 8 orang , semua ahli keluargaku memang hantu tauhu heheheh)
  1. 5 tauhu putih, yang RM50 sen/RM1 ja tu boleh dapat di pasar
  2. sos tiram agak2 ja dalam 3 -4 sudu makan
  3. bawang putih (ikut suka, kalau hantu bawang putih letaklah lebih hehehe - cincang)
  4. Minyak bijan (ini pun agak2 juga)
  5. bawang goreng( aku goreng sendiri ja 5 biji bawang merah)
  6. daun bawang (satu pokok ja lah ... potong kecil-kecil)
  7. garam secubit dua tiga cubit :)

Cara-caranya :

  1. Panaskan air dalam pengukus. (kalau takut panas letaklah awal2 sebelum air mendidih nanti melecur pula tangan sapa susah..yang tukang masak juga :) )
  2. Letakkan tauhu atas piring tahan panas. Campurkan sos tiram dan bawang putih. Gaul. Tuangkan ke atas tauhu.
  3. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak
  4. Renjiskan minyak bijan dan taburkan bawang goreng dan daun bawang.
  5. Hidangkan.

Wednesday, November 10, 2010

MARBEL CAKE


Kek ni RM30 Sahaja. Saiz loyang 10" bulat. Ditempah oleh Imelda , terima kasih ..lain kali orderlah lagi :)

Monday, November 8, 2010

FRESH CREAM CAKE (CHOCOLATE FLAVOR)

Hiasan kek ni ringkas sahaja ..tapi rasa boleh tahan. Kalau aku tak puji kek aku sendiri siapa lagi nak puji kan..kan.. masuk lif tekan sendiri lah hahahahaha ..aku jual kek ni dengan harga RM40 sahaja dengan hiasan seperti di atas. Kalau mau tambah buah-buahan harganya pun bertambah jugalah.

KEK COKLAT MOIST with EXTRA COKLAT


Kek coklat moist super dupper extra coklat :) hanya RM 45 sahaja. Hiasan seperti gambar di atas. Kek ini mempunyai 2 lapisan sos coklat dan parutan coklat masakan.

Sunday, November 7, 2010

BLACKFOREST CAKE 1.5kg


Kek Blackforest ini dibuat untuk anak buahku(Abby) sempena Hari lahir nya yang ke 11. Anak buah sebelah suamiku ini paras rupanya ada iras2 Marsha AF tu :)

CANCER KILLER : THE SOURSOP FRUIT/ BUAH DURIAN BELANDA PEMBUNUH SEMULAJADI KANSER


Aku baru terbaca info mengenai buah durian belanda ni. Sekiranya info mengenai buah ini benar, diharapkan ia akan dapat menyelamatkan ramai pesakit-pesakit kanser dengan izin Allah. Ia dikatakan 10,000 kali kuat membunuh sel-sel kanser berbanding kemo terapi.Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik. Untuk mendapatkan lebih info lagi mengenai buah ini silalah google mengenai buah ni :)


Thursday, November 4, 2010

BUKAN MAU BERPOLITIK TAPI .....

Salam 1 Malaysia buat semua pengunjung blogku, aku bukannya mau berpolitik tapi aku rasa gatal hati juga mau memberi pandangan peribadiku sendiri. Hari ini ada pilihanraya di Kawasan Parlimen Batu Sapi Sandakan dan keputusannya Calon Barisan Nasional (BN), Datin Linda Tsen Thau Lin telah menang besar pada hari ini. Diharapkan Datin Linda akan menjalankan tugasnya dengan dedikasi dan ikhlas terus memperjuangkan hak dan amanah daripada rakyat di kawasan beliau. Jangan pula susah mau dicari selepas ini ya Datin :). Tahniah aku ucapkan. Bagi yang kalah biasalah adat pertandingan mesti ada kalah dan menang kan..kan..kan.. sila cuba lagi pada pilihanraya yang akan datang. Aku sebenarnya tidak kisah siapa yang menang asalkan siapa yang menang tu benar-benar ikhlas menjalankan tugasnya. Aku pentingkan keamanan dan aku sama sekali tidak mahu hidup di negara yang bergolak dan tidak ada perpaduan dikalangan rakyatnya. Semoga negara kita akan terus mengecapi keamanan dan kemajuan. Binalah negara kita dengan usaha kita sendiri tanpa ada campur tangan daripada pihak luar. Aku akhiri bebelan aku ni dengan seribu,sejuta atau trilion pertanyaan adakah POLITIK yang bersih di dunia ini. Tepuk dada tanyalah siapa-siapa atau diri sendiri ..sekian dan terima kasih kepada siapa yang sudi membaca ..jangan marah ya nanti cepat tuaaa ..

Wednesday, November 3, 2010

BUAT DUIT DENGAN BLOG

Salam..salam 1 malaysia kepada semua yang sudi singgah di blogku yang tidak seberapa ini. sebenarnya aku agak terlambat dalam mendirikan blog tapi lebih baik ada daripada tiada langsung :). aku juga baru dapat tahu dengan blog kita bole dapat duit :). Menarikkan :) ,sekarang ni aku baru mau mencuba betul kah maklumat ni, jadi aku dengan tidak membuang masa sudah mendaftarkan diri dengan http://www.nuffnang.com.my dengan status terkini aku sebagai Glitterati di nuffnang. Dengan hanya ada klik daripada para pengunjung pada iklan-iklan yang diberikan nuffnang di blog kita,kita akan dapat duit..tapi janganlah pula klik iklan sendiri nanti buruk padanya :)..sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan ketahuan juga hehehe, so kenalah jujur :)kepada yang mau mencuba seperti diriku ini ,silakan google tentang nuffnang, marilah mencuba bersama-sama tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu :).

aku akan bercerita lagi tentang nuffnang pada hari yang lain :) Tungguuuuu :) ASAP mau pi menuntut ilmu dulu ni heheheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...