Followers ...Thank you very much :)

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. sila tinggalkan jejak anda untuk memudahkan saya berkunjung ke blog anda pula :) . Blog ini tujuan utamanya untuk mempromosikan kek-kek buatan tanganku sendiri :),berkongsi cerita dan juga resepi-resepi kegemaranku.

Kepada yang ingin membuat tempahan sila hubungi nombor berikut 0149523772 . Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 2hari sebelum tarikh penghantaran atau ambil.

KEK COKLAT MOIST RM1.50 SEPOTONG ADA DI SINI

UMS Kolej Kediaman E (Gerai Selera Desa)
UMS Kolej Kediaman E (Koperasi ACME)

Monday, December 27, 2010

SAMBAL TOMATO LASER AFF SUZUKI

Sambal ni sedap dimakan bersama ikan goreng. Aku mau bagi makan sambal ni sama orang yang main-main laser di padang bola semalam. Bikin kacau ja, siok-siok tengok bola kena kasi berhentilah pula. Nasib baik Malaysioa menang juga heheheh. Biasalah adat permainan mana ada dua-dua menang kan..kan.. mesti ada yang menang dan ada yang kalah. Jadi kesimpulannya apa yang susah sangat terima jalah hakikat yang menang tetap menang bukannya menang pasal laser. Ok berbalik kepada sambal tomato, resepinya ada dibawah :)

Bahan-bahannya :

  • Tomato (di belah 2 dan hiris-hiriskan)
  • Cili Padi (dalam 10-15 biji)
  • Bawang merah (aku guna bawang merah bombay tu 1 biji ja)
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Bawang besar(1 biji )
  • Belacan (sebesar ibu jari)
  • Garam (agak-agak ja dalam 1 1/2 sudu kecil)
  • Gula (agak-agak juga dalam 1 1/2 sudu makan)
  • Minyak untuk menumis sambal


Cara-caranya :

Bawang merah, bawang putih, Cili padi dan belacan ditumbuk sampai jadi macam sambal. Ketepikan panaskan kuali tuang minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama-sama bawang besar dan tomato yang telah dihiris-hiris tadi. Tumislah sambal tu sampai semuanya nampak sebati dan tomato tadi hancur jadi macam paste tomato. Jangan lupa letak gula dan garam nanti tiada rasa pula sambal tu. Selamat mencuba J


p/s : kepada yang terasa dirinya yang main-main laser di padang bola tu tolonglah main jauh-jauh sikit main lah di belakang rumah kah, di tepi laut kah atau di kuburan kah hehehe laser-laser hantu pocong atau hantu ponti. Kan sudah dijadikan isu menang pasal laser lah pula .. ndak siok betul didengar ..apa-apa pun Malaysia menang heheh

2 comments:

  1. salam....

    wah.....mcm pernah dengar je menu ni..

    :)

    follow blog puan...***60

    ReplyDelete
  2. Gonna try it later..luckily the ingredients simple hehehe..thanks for sharing

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...