Followers ...Thank you very much :)

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. sila tinggalkan jejak anda untuk memudahkan saya berkunjung ke blog anda pula :) . Blog ini tujuan utamanya untuk mempromosikan kek-kek buatan tanganku sendiri :),berkongsi cerita dan juga resepi-resepi kegemaranku.

Kepada yang ingin membuat tempahan sila hubungi nombor berikut 0149523772 . Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 2hari sebelum tarikh penghantaran atau ambil.

KEK COKLAT MOIST RM1.50 SEPOTONG ADA DI SINI

UMS Kolej Kediaman E (Gerai Selera Desa)
UMS Kolej Kediaman E (Koperasi ACME)

Friday, December 24, 2010

IKAN BAKAR EXPRESS



Mau makan ikan bakar? senang ja tu, aku selalu buat begini kalau malas mau guna arang atau kayu api untuk bakar ikan. Untuk buat ikan bakar express ni bahan-bahan yang perlu ada adalah seperti berikut:

  • Ikan (ikut suka mau bakar ikan apa, dalam ni aku bakar ikan termenung atau ikan kembung fresh from the sea, jiran aku yang jual)
  • Kuali leper yang selalu orang guna untuk buat roti jala atau bakar burger tu
  • minyak dalam 1-2 sudu makan
  • garam(dalam secubit dua cubit)
  • cuka makan(2 sudu makan)
  • ajinomoto (kalau suka letaklah kalau ndak mau ok juga)

Cara-caranya:
Mula-mula panaskan kuali leper tu di atas dapur gas sehingga betul-betul panas. sementara tunggu kuali tu panas letaklah garam sikit,cuka makan sikit dan ajinomoto sikit atas ikan tu gaul-gaul sehingga sebati. kalau kuali sudah panas letak minyak dlm 1- 2 sudu makan kecilkan api baru letakkan ikan atas kuali tu. masak lah ikan tu sehingga masak.

Tips: supaya ikan tu ndak melekat di kuali pastikan kuali tu betul2 panas baru letak ikan tu, ikan tidak akan melekat dan akan masak cantikkkkkk jaaaa dan sedap di makan :).. selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...