Followers ...Thank you very much :)

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. sila tinggalkan jejak anda untuk memudahkan saya berkunjung ke blog anda pula :) . Blog ini tujuan utamanya untuk mempromosikan kek-kek buatan tanganku sendiri :),berkongsi cerita dan juga resepi-resepi kegemaranku.

Kepada yang ingin membuat tempahan sila hubungi nombor berikut 0149523772 . Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 2hari sebelum tarikh penghantaran atau ambil.

KEK COKLAT MOIST RM1.50 SEPOTONG ADA DI SINI

UMS Kolej Kediaman E (Gerai Selera Desa)
UMS Kolej Kediaman E (Koperasi ACME)

Monday, October 11, 2010

Hinava Caraku


Hemm ..hari ni brulah dapat upload salah satu resepi kegemaranku.. Hinava ikan .. tinggal di kawasan kampung sememangnya best..kadang2 tu ndak payah pegi pasar beli ikan. Akan ada orang yang datang ke rumah menjual ikan hasil tangkapan mereka di laut. Ikan ni dijual oleh jiran ku. Pakcik ni rajin pergi ke laut bila ada kelapangan. Sekali sekala makan ikan titir bolelah tapi kalau hari2 muak juga :)... untuk buat hinava ikan ni boleh guna ikan apa2 pun ikut suka tapi pilihlah ikan yg kurang tulang seperti ikan yu,tengiri atau titir. Bukan saja ikan udang pun bole dibuat hinava. Kepada sesiapa yang teringin mau mencuba sila ambil pen dan salin resepi di bawah :)

Bahan2nya :

Ikan(ambil isinya sahaja ..hiris2 kecil spt di gambar)
Limau kasturi atau limau nipis atau kapas(agak2 20 biji masammmm)
Bawang besar 1 biji (potong spt di gambar)
Halia sebesar 2 ibu jari (hehehe agak2 ja ikut suka, potong spt di gambar atau ikut suka)
Cili padi (20 biji klu mau pedas tambah lah lagi klu berani :) ..ini pun potong2 kecil jg )
garam ( agak2 ja)

Cara membuatnya:

bahan2 di atas tadi gaulkan sekali di dalam mangkuk besar sehingga sebati..klu ikan dia jadi keputih2an tu kira masak lah tu dan sedia untuk di makan beramai2 :) ..sekian dan terima kasih selamat mencuba ya puan2 :)







If anyone need this recipes in english please msg or email me :)








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...