
Followers ...Thank you very much :)
KEK COKLAT MOIST RM1.50 SEPOTONG ADA DI SINI
Saturday, January 29, 2011
PERCUBAAN MENURUNKAN BERAT BADAN TANPA BERLAPAR DAN DIET YANG KETAT PART 1

Friday, January 14, 2011
BUTTER PRAWN
Butter prawn sodappp tuuu ..walaupun floss aku tu kurang menjadi tapi rasa masakan tu ada mirip-mirip butter prawn yang aku makan di restoran seafood salut yang harganya biarlah rahsia sebab bukan aku juga yang bayar pun hehehe. Kira oklah bagi seorang amatur seperti aku yang baru pertama kali cuba masak butter prawn ni , mungkin juga aku ni memang berbakat dalam bidang masakan dan salah pilih bidang time pi belajar dulu. kalau chef yang berkerja di sana tu try masakan aku ni, pasti dia bagi A+ hahahahah menangis pun ada kali takut hilang kerja (opss angan2 yang melampau) ..ok kepada yang sudi mau mencuba butter prawn ni bolehlah copy and paste resepi di bawah . Silakan jangan malu-malu buat macam blog sendiri heheheh ilmu harus dikongsi kan barulah berkat :)
Bahan-bahannya (bahan2 ni aku agak2 sendiri ja berdasarkan pemerhatian aku tengok chef tu masak)
Udang (dalam 500gram)
Kuning telur yang dipukul (2 biji telur)
Daun Kari (1 cawan)
Cili Padi dipotong (dalam 5 tangkai)
Susu cair (dalam ½-1 Cawan)
Butter (50gram untuk buat egg floss, 50gram lagi untuk buat sosnya)
Garam (dalam 2 cubit)
Gula (dalam 1 sudu teh)
Langkah pertama kita buat egg yolk floss dulu :
Panaskan butter letak minyak sikit setelah minyak panas kacau-kacau minyak tu sambil tuang kuning telur tu sehingga warna bertukar kepada kecoklatan angkat dan tapis floss minyak floss tu dan keringkan.
Langkah kedua Goreng udang dengan minyak yang panas sehingga masak jangan sampai terlampau masak , chef tu cakap dalam 10 saat ja ..tapi kalau aku pula asal nampak ja udang tu masak terus angkat dan ketepikan.
Langkah ketiga untuk sosnya masukan 1 cawan air kedalam kuali yang panas masukkan butter kacau-kacau sehingga sebati baru masukkan cili padi dan daun kari kacau-kacau lagi lepas tu masukkan garam dan gula kacau-kacau lagi dan seterusnya masukkan susu cair dan kacau-kacau lagi selepas itu baru masukkkan udang tadi dan kacau sebati . Angkat dan hias dengan egg floss yang telah dibuat tadi. Selamat mencuba nyum..nyum..
Thursday, January 13, 2011
ENTRI TERAMATLAH PANAS DIAWAL TAHUN 2011
Salam untuk semua dan selamat tahun baru, walaupun hari ini suda 13hb Januari 2011 aku rasa masi tidak terlalu lewat lagi untuk aku ucapkan selamat tahun baru kepada semua teman-teman blogger yang sudi bertandang dan menjadi follower ke blog aku yang tidak sampai setahun pun umurnya. Baru hari ini aku berkesempatan semula untuk membebel lagi di sini. Tahun baru azam baru heheh diharapkan semoga tahun ini azamku bukan setakat hangat-hangat tahi ayam saja seperti tahun-tahun yang lalu.Semoga tahun ini penuh dengan keberkatan untuk kita semua berjaya, bukan sahaja di dunia tapi jua di akhirat kelak amin.
p/s :Entri ini tidaklah sepanas mana pun sori selori jangan lah pula pi makan lori hehehe kamu tak paham ..aku lagilah tak faham J