Followers ...Thank you very much :)

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. sila tinggalkan jejak anda untuk memudahkan saya berkunjung ke blog anda pula :) . Blog ini tujuan utamanya untuk mempromosikan kek-kek buatan tanganku sendiri :),berkongsi cerita dan juga resepi-resepi kegemaranku.

Kepada yang ingin membuat tempahan sila hubungi nombor berikut 0149523772 . Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 2hari sebelum tarikh penghantaran atau ambil.

KEK COKLAT MOIST RM1.50 SEPOTONG ADA DI SINI

UMS Kolej Kediaman E (Gerai Selera Desa)
UMS Kolej Kediaman E (Koperasi ACME)

Thursday, May 5, 2011

TART TELUR OOOooo TART TELUR PERCUBAAN 2


Salam untuk semua yang sudi membaca entriku ini :) ... aku Cuba lagi buat tart telur ..kali ni aku bolehlah dikatakan berjaya ..aku lulus dalam percubaan membuat tart telur untuk kali yang kedua..sebab-sebab kejayaan aku hehehe adalah seperti berikut IKUT BETUL-BETUL APA YANG ADA DALAM RESEPI :) .. ok kepada yang berminat mau mencuba silalah salin resepi di bawah :) ..selamat berjaya

Bahan Pastri :

125 gram mentega
63 gram gula aising
250 gram tepung gandum
1 kuning telur
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu besar air

Cara membuatnya :

  1. Ayak tepung dan gaulkan sebati dengan gula aising
  2. kemudian gaulkan pula dengan mentega sehingga menjadi seperti serbuk roti
  3. masukkan 1 kuning telur,esen vanilla dan air
  4. gaul semuanya sehingga menjadi doh dan bentukkan seperti bola dan sejukkan sebelum digunakan

Bahan filling :

250 gram air
125 gram gula
5 biji telur gred B
100 gram susu cair

Cara membuatnya :

Filling di atas untuk 2 kali adunan pastri di atas
gula dan air disatukan sehingga menjadi air gula, kemudian masukkan kesemua bahan yang lain dan pukul sehingga sebati dan tapiskan terlebih dahulu sebelum digunakan. Oppsss .. aku ada buat tambahan tepung kastard sebanyak 2 sudu teh untuk filling yang aku buat ..kalau mau ikut silakan ikut hehehehe

OK SELAMAT BERJAYA kepada yang mau mencuba





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...