Jom Buat tart telur .. kali ni aku bagi macam mana cara-caranya supaya tart telur anda menjadi..jeng..jeng..
125 gram mentega (guna mentega sejuk dpd peti sejuk ..potong2 menjadi 4/6 bahagian kecil)
63 gram gula aising (ayak gula ni jangan malas-malas ya)
250 gram tepung gandum (ayak juga)
1 kuning telur
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu besar air (guna air sejuk yaaa)
Cara membuatnya :
1. Ayak tepung dan gaulkan sebati dengan gula aising
2. kemudian gaulkan pula dengan mentega sehingga menjadi seperti serbuk roti
3. masukkan 1 kuning telur,esen vanilla dan air
4. gaul semuanya sehingga menjadi doh dan bentukkan seperti bola dan sejukkan sebelum digunakan
Tips : selepas masukkan doh dalam acuan , cucuk-cucukkan dengan garfu ya.. masak lah dalam 15-20 minit sehingga pastry tu masak , baru masukkan filling J
Bahan filling :
250 gram air
125 gram gula (kalau manis sangat kurangkan gula anda J)
5 biji telur gred B
100 gram susu cair
Cara membuatnya :
Filling di atas untuk 2 kali adunan pastri di atas
Gula dan air disatukan sehingga menjadi air gula, kemudian masukkan kesemua bahan yang lain dan pukul sehingga sebati (Tips : pukul tu jangan la sampai berbuih-buih ..asal sebati ja berhenti lah pukul) dan tapiskan terlebih dahulu sebelum digunakan. Oppsss .. aku ada buat tambahan tepung kastard sebanyak 2 sudu teh untuk filling yang aku buat ..kalau mau ikut silakan ikut hehehehe
Tips : bahan filling tu, kalau mau masak atas api yang kecil pun bole...tapiiiii jangan sampai mendidih pula ...asal panas ja angkat la terus
OK SELAMAT BERJAYA kepada yang mau mencuba