Followers ...Thank you very much :)

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. sila tinggalkan jejak anda untuk memudahkan saya berkunjung ke blog anda pula :) . Blog ini tujuan utamanya untuk mempromosikan kek-kek buatan tanganku sendiri :),berkongsi cerita dan juga resepi-resepi kegemaranku.

Kepada yang ingin membuat tempahan sila hubungi nombor berikut 0149523772 . Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 2hari sebelum tarikh penghantaran atau ambil.

KEK COKLAT MOIST RM1.50 SEPOTONG ADA DI SINI

UMS Kolej Kediaman E (Gerai Selera Desa)
UMS Kolej Kediaman E (Koperasi ACME)

Thursday, December 16, 2010

IKAN KELI MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahannya:

  • Ikan keli
  • Serai 4 batang (tumbuk2 dalam lesung jangan sampai lumat pula sekali dua tumbuk oklah tu )
  • Bawang merah 4 biji (ditumbuk lumat jangan sampai jadi paste sudah)
  • Bawang putih 4 ulas (tumbuk macam bawang merah tu)
  • Kunyit sebesar ibu jari (tumbuk juga la)
  • Asam keping 4 keping
  • Cili api(orang sabah bilang lada padi atau lada porok ada tu jual d tamu dalam plastik rm1 ..tumbuk lumat ni lada 1 bungkus baru keluar asap dari telinga)
  • Santan daripada 2 biji kelapa
  • Air 1 cawan

Cara-caranya :

Serai,bawang merah,bawang putih, kunyit, cili api dan asam keping rebus dulu guna 1 cawan air tu sampai naik baunya atau lebih kurang 3-5 minit selepas itu
baru masukkan ikan keli dengan santan selepas itu baru masukkan garam dan gula/ajinomoto. masaklah sehingga ikan tu masak baru dihidangkan. selamat mencuba :)

Tips: untuk mendapatkan rasa yang mantap dan sedap sesudah letak garam dan gula atau ajinomoto tu sila lah rasa balik2 sampai dapat rasa yang kamu mau tu. hehehe tambah bahan perasa tu biarlah sikit2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...