Followers ...Thank you very much :)

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. sila tinggalkan jejak anda untuk memudahkan saya berkunjung ke blog anda pula :) . Blog ini tujuan utamanya untuk mempromosikan kek-kek buatan tanganku sendiri :),berkongsi cerita dan juga resepi-resepi kegemaranku.

Kepada yang ingin membuat tempahan sila hubungi nombor berikut 0149523772 . Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 2hari sebelum tarikh penghantaran atau ambil.

KEK COKLAT MOIST RM1.50 SEPOTONG ADA DI SINI

UMS Kolej Kediaman E (Gerai Selera Desa)
UMS Kolej Kediaman E (Koperasi ACME)

Monday, December 27, 2010

SAMBAL TOMATO LASER AFF SUZUKI

Sambal ni sedap dimakan bersama ikan goreng. Aku mau bagi makan sambal ni sama orang yang main-main laser di padang bola semalam. Bikin kacau ja, siok-siok tengok bola kena kasi berhentilah pula. Nasib baik Malaysioa menang juga heheheh. Biasalah adat permainan mana ada dua-dua menang kan..kan.. mesti ada yang menang dan ada yang kalah. Jadi kesimpulannya apa yang susah sangat terima jalah hakikat yang menang tetap menang bukannya menang pasal laser. Ok berbalik kepada sambal tomato, resepinya ada dibawah :)

Bahan-bahannya :

  • Tomato (di belah 2 dan hiris-hiriskan)
  • Cili Padi (dalam 10-15 biji)
  • Bawang merah (aku guna bawang merah bombay tu 1 biji ja)
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Bawang besar(1 biji )
  • Belacan (sebesar ibu jari)
  • Garam (agak-agak ja dalam 1 1/2 sudu kecil)
  • Gula (agak-agak juga dalam 1 1/2 sudu makan)
  • Minyak untuk menumis sambal


Cara-caranya :

Bawang merah, bawang putih, Cili padi dan belacan ditumbuk sampai jadi macam sambal. Ketepikan panaskan kuali tuang minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama-sama bawang besar dan tomato yang telah dihiris-hiris tadi. Tumislah sambal tu sampai semuanya nampak sebati dan tomato tadi hancur jadi macam paste tomato. Jangan lupa letak gula dan garam nanti tiada rasa pula sambal tu. Selamat mencuba J


p/s : kepada yang terasa dirinya yang main-main laser di padang bola tu tolonglah main jauh-jauh sikit main lah di belakang rumah kah, di tepi laut kah atau di kuburan kah hehehe laser-laser hantu pocong atau hantu ponti. Kan sudah dijadikan isu menang pasal laser lah pula .. ndak siok betul didengar ..apa-apa pun Malaysia menang heheh

Sunday, December 26, 2010

BLOGWALKING BUKAN SEKADAR TINGKATKAN TRAFIK KE BLOG

Salam..salam 1 malaysia ..hari ni aku mau membebel pasal blogwalking. Blogwalking sangat bagus untuk orang-orang yang baru berjinak-jinak untuk berblog. Memang tidak dinafikan kalau rajin jalan-jalan ke blog orang lain ia akan secara tidak langsung akan meningkatkan trafik ke blog anda. Itu aku setuju sangat-sangat sebab aku pernah dan akan selalu jalan-jalan ke blog orang lain dan ia benar-benar meningkatkan trafik ke blog aku ni. Kalau dulu mau dapat 1 orang visitor pun susah sangat-sangat sekarang walaupun tidaklah sampai beratus macam blog-blog otai tu, setiap hari mesti ada ja orang yang sudi singgah ke blog aku ni heheheh. Berbalik kepada tajuk post aku ni , aku berblogwalking bukan sekadar mau meningkatkan trafik ke blog aku, tapi apa yang paling PENTING, dalam aku berjalan-jalan ke blog orang lain tu aku akan dapat banyak maklumat yang berguna. Lebih banyak aku berblogwalking lebih banyak pengetahuan yang aku dapat alhamdullilah. Oklah aku NOKTAHKAN bebelan aku pasal blogwalking sampai disini sahaja nanti bosan pula kamu mau baca bebelanku yang panjang berjela. akhir kata selamat berblogwalking untuk anda yang sudi membaca apa yang aku tulis ni :) have a nice day !!!

Friday, December 24, 2010

IKAN BAKAR EXPRESS



Mau makan ikan bakar? senang ja tu, aku selalu buat begini kalau malas mau guna arang atau kayu api untuk bakar ikan. Untuk buat ikan bakar express ni bahan-bahan yang perlu ada adalah seperti berikut:

  • Ikan (ikut suka mau bakar ikan apa, dalam ni aku bakar ikan termenung atau ikan kembung fresh from the sea, jiran aku yang jual)
  • Kuali leper yang selalu orang guna untuk buat roti jala atau bakar burger tu
  • minyak dalam 1-2 sudu makan
  • garam(dalam secubit dua cubit)
  • cuka makan(2 sudu makan)
  • ajinomoto (kalau suka letaklah kalau ndak mau ok juga)

Cara-caranya:
Mula-mula panaskan kuali leper tu di atas dapur gas sehingga betul-betul panas. sementara tunggu kuali tu panas letaklah garam sikit,cuka makan sikit dan ajinomoto sikit atas ikan tu gaul-gaul sehingga sebati. kalau kuali sudah panas letak minyak dlm 1- 2 sudu makan kecilkan api baru letakkan ikan atas kuali tu. masak lah ikan tu sehingga masak.

Tips: supaya ikan tu ndak melekat di kuali pastikan kuali tu betul2 panas baru letak ikan tu, ikan tidak akan melekat dan akan masak cantikkkkkk jaaaa dan sedap di makan :).. selamat mencuba.

Thursday, December 16, 2010

IKAN KELI MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahannya:

  • Ikan keli
  • Serai 4 batang (tumbuk2 dalam lesung jangan sampai lumat pula sekali dua tumbuk oklah tu )
  • Bawang merah 4 biji (ditumbuk lumat jangan sampai jadi paste sudah)
  • Bawang putih 4 ulas (tumbuk macam bawang merah tu)
  • Kunyit sebesar ibu jari (tumbuk juga la)
  • Asam keping 4 keping
  • Cili api(orang sabah bilang lada padi atau lada porok ada tu jual d tamu dalam plastik rm1 ..tumbuk lumat ni lada 1 bungkus baru keluar asap dari telinga)
  • Santan daripada 2 biji kelapa
  • Air 1 cawan

Cara-caranya :

Serai,bawang merah,bawang putih, kunyit, cili api dan asam keping rebus dulu guna 1 cawan air tu sampai naik baunya atau lebih kurang 3-5 minit selepas itu
baru masukkan ikan keli dengan santan selepas itu baru masukkan garam dan gula/ajinomoto. masaklah sehingga ikan tu masak baru dihidangkan. selamat mencuba :)

Tips: untuk mendapatkan rasa yang mantap dan sedap sesudah letak garam dan gula atau ajinomoto tu sila lah rasa balik2 sampai dapat rasa yang kamu mau tu. hehehe tambah bahan perasa tu biarlah sikit2

Wednesday, December 15, 2010

Fresh Cream Coklat

Kek Fresh Cream berperisa Coklat, berat 2kg

Blackforest Cake

Blackforest cake 2kg RM70 sahaja :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...