Followers ...Thank you very much :)

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. sila tinggalkan jejak anda untuk memudahkan saya berkunjung ke blog anda pula :) . Blog ini tujuan utamanya untuk mempromosikan kek-kek buatan tanganku sendiri :),berkongsi cerita dan juga resepi-resepi kegemaranku.

Kepada yang ingin membuat tempahan sila hubungi nombor berikut 0149523772 . Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 2hari sebelum tarikh penghantaran atau ambil.

KEK COKLAT MOIST RM1.50 SEPOTONG ADA DI SINI

UMS Kolej Kediaman E (Gerai Selera Desa)
UMS Kolej Kediaman E (Koperasi ACME)

Thursday, October 21, 2010

Personal Taste


Masa-masa terluang selalu akan ku isi dengan menonton drama-drama Korea atau Jepun. Aku suka tengok drama-drama korea n jepun ni sebab berberapa perkara berikut pertama mestilah pelakon-pelakonnya yang comel-comel sedap mata memandang hehehe, kedua pemandangan dalam drama-drama tersebut cantik sejuk mata memandang hahaha,ketiga rekabentuk dalaman dan luaran rumahnya membuatkan tak jemu mataku memandang dan keempat makanan-makanan yang disediakan cantik dipandang mata tapi ndak tahu la pula sedap ka klu dimakan hehehehe. diantara korean drama yang sudah habis aku tengok ialah Personal Taste.

Komen peribadiku untuk drama ni best dapat menghiburkan hati..aku enjoy tengok drama ni. Kepada yang suka juga tengok drama korea , aku syorkan silalah menonton drama ni :)

hemm..untuk mendapatkan sinopsis drama sila-silalah rajinkan diri untuk google drama ni :)




Thursday, October 14, 2010

Fruit Cocktail Cake

Harga untuk Fruit Cocktail Cake 1.5 kg ini RM55 sahaja untuk hiasan seperti di gambar tidak termasuk lilin Happy Birthday tersebut :)

Tuesday, October 12, 2010

PERANGKAP BAHAYA

hemmm..mesti kongsi ni..apa mau jadi lah dengan org yg buat kerja ni..aku rasa org ni pendek fikiran dan kurang kasih sayang sebab tu lah sanggup betul buat kerja2 gila ni..semoga orang yang jahat ni dapat balasan yang kaw..kaw nanti..sakit hati baca cerita dibawah ni ..

Hal ini berlaku di KL baru2 ni..cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga. Dia terserempak dengan seorang kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.

Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan

P/S: Hantarlah kepada rakan2 anda yang wanita supaya mereka berhati2 & hantar pada rakan2 anda yang lelaki supaya mereka boleh memperingatkan adek2, kakak2 & ibu mereka. Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri.

sumber: http://www.facebook.com/note.php?note_id=237968699335&id=100000024868474

Monday, October 11, 2010

Hinava Caraku


Hemm ..hari ni brulah dapat upload salah satu resepi kegemaranku.. Hinava ikan .. tinggal di kawasan kampung sememangnya best..kadang2 tu ndak payah pegi pasar beli ikan. Akan ada orang yang datang ke rumah menjual ikan hasil tangkapan mereka di laut. Ikan ni dijual oleh jiran ku. Pakcik ni rajin pergi ke laut bila ada kelapangan. Sekali sekala makan ikan titir bolelah tapi kalau hari2 muak juga :)... untuk buat hinava ikan ni boleh guna ikan apa2 pun ikut suka tapi pilihlah ikan yg kurang tulang seperti ikan yu,tengiri atau titir. Bukan saja ikan udang pun bole dibuat hinava. Kepada sesiapa yang teringin mau mencuba sila ambil pen dan salin resepi di bawah :)

Bahan2nya :

Ikan(ambil isinya sahaja ..hiris2 kecil spt di gambar)
Limau kasturi atau limau nipis atau kapas(agak2 20 biji masammmm)
Bawang besar 1 biji (potong spt di gambar)
Halia sebesar 2 ibu jari (hehehe agak2 ja ikut suka, potong spt di gambar atau ikut suka)
Cili padi (20 biji klu mau pedas tambah lah lagi klu berani :) ..ini pun potong2 kecil jg )
garam ( agak2 ja)

Cara membuatnya:

bahan2 di atas tadi gaulkan sekali di dalam mangkuk besar sehingga sebati..klu ikan dia jadi keputih2an tu kira masak lah tu dan sedia untuk di makan beramai2 :) ..sekian dan terima kasih selamat mencuba ya puan2 :)







If anyone need this recipes in english please msg or email me :)








My Little Princess Birthday On Ten Ten Ten :)

Assalamualaikum pada 10/10/10 merupakan harijadi anakku Airen yang ke 5 tahun. Majlis Harijadi untuk airen dibuat secara kecil2an sahaja jemputan yg hadir semuanya saudara mara terdekat. Menu pada hari tersebut ikan bakar,ayam opor,sayur timun berduri masak lemak dan kelopis berserta kuah kacang. kalau sudah majlis harijadi tu selalunya mesti ada kek kan..kan..kan.. so oleh sebab ibunya seorang pembuat kek, pada hari tersebut ku sediakan 3biji kek untuk airen ..nampak membazir kan..kan..kan.. tapi semua kek hampir habis dimakan. kek yg ndak(tidak) habis tu merupakan kek barbie doll pertamaku, aku buat atas permintaan mendesak dari anaku..mau juga bilangnya(katanya) :)..aku pun buat lah juga kek barbie doll tu.klu sudah buat kek last minute tu ..resultnya pun last minute jugalah...Alhamdullilah majlis berjalan dengan lancar :) walaupun kek2 tu buat last minute suda..
Dari kiri kek barbie doll,fruit cocktail dan kek coklat kegemaran ramai :)

My lil princess

Fruit Cocktail Cake
My 1st Barbie Doll Cake
my lil princess and her cakes


Monday, October 4, 2010

Trip to sanaa Ranau :)


Pada 26hb yang lepas bersamaan dengan hari ahad kami sekeluarga telah pergi bersiar2 ke daerah Ranau. Bertolak daripada rumah lebih kurang jam 8.30 pagi. Sampai di pekan Ranau lebih kurang 9.30 pagi dekat2 jam 10 pagi. Lokasi yang pertama kami kunjungi ialah Kg.Luanti Ranau. Ada apa di kg ni? klu bagi org2 sabah aku rasa dorg semua sudah tahu ada apa di sana tapi bg yg belum tahu ada apa d sana ,ini aku mau bg tahu lah ni :) hehehe jgn mareee. Di kg ni ada FISH SPA .. alaaa yg mcm ada di mall2 tu tapi ikan yg ada di fish spa d mall2 tu kecik2..klu di Kg Luanti ni ,ikan2 nya besar2 dan jinak2 belaka berenang-renang di sungai yg jernih dan sejuk dengan pokok yg menghijau..bagi sesiapa yg mempunyai tapak kaki atau tumit yg pecah2 tu bersedialah untuk di serang oleh ikan2 pelian ini..banyak geli daripada sakit :) macam di serang oleh ikan pirana tapi klu ikan pirana memang habislah kaki tinggal tulang heheh.. jgn risau ikan2nya jinak2 belaka..tapi memang menggelikan :) ..eeeeee gelinya ..orang yg paling bising @kecoh time ni semestinya anakku airen :).. opps lupa mo bg tahu klu teringin mau masuk tpt ni bayar RM5 seorg sahaja.



Ikan2 pelian yg sedang berenang2 di kaki,besar kan? tipah tak tipu :)

Lokasi kedua yang kami kunjungi Air Panas Poring..klu pi ranau mesti pegi tpt ni...mau merasa mandi air panas semulajadi..nasihat aku klu mau pi poring janganlah pegi time cuti sekolah, cuti umum atau hujung minggu ...sebab time2 tu org yg dtg pi mandi di sini punyalah ramai mcm ada tamu pula..



Lokasi terakhir semestinya Kinabalu Park Kundasang Ranau..tiket masuk yg dibeli di poring tadi jg dibuang bole diguna balik untuk masuk ke sini jimatttt.. :) kami terus ke Timpohon Gate bukan mau pi naik gunung..saja jalan2 tengok kabus di kaki gunung kinabalu :).. timpohon gate merupakan tempat permulaan untuk menaiki gunung kinabalu.

Timpohon Gate

Candid pic pendaki yg bru turun dri gunung..jgn dia minta royalti sudaa :)




Sekian dan terima kasih :)






































































































Sunday, October 3, 2010

Cotton Cheese Cake Bersalut Cream cheese





Fruit Cocktail Cake

Hemmm..kek ni dibuat khas utk anakku sebagai buah tangan untuk dibawa ke majlis sambutan hari raya di tadikanya. Berat kek lebih kurang 1.5kg harga RM55 sahaja bah untuk hiasan ringkas seperti gambar di atas..klu hendakkan hiasan yang lebih2 seperti biasa harga pun lebih lah juga :)

Cream Cheese Cake

Kek Cream Cheese berperisa strawberry, cadangan sebelum makan kek ni ...klu hendak di makan kek ni ,baru keluarkan daripada peti sejuk baru umphh rasanya. sekali makan pasti mau lagi :) Harga klu hiasan ringkas seperti gambar di atas RM50.00 sahaja ..klu mau lebih2 harga pun lebih juga ..berat kek lebih kurang 1.5kg saiz standard mcm kek2 yg di jual d kedai tu :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...